Latar belakang Midnights

Selepas pertikaian mengenai penjualan master enam album studio pertamanya pada 2019, Taylor Swift mengumumkan rancangan untuk merakam semula album ini.[1] Beliau mengeluarkan dua rakaman semula yang pertama, Fearless (Taylor's Version) dan Red (Taylor's Version), pada 2021.[2] Red termasuk versi asal sepuluh minit lagu 2012 "All Too Well" serta filem pendek berkenaanya yang ditulis dan diarahkan Swift.[3] Pihak Media menjangkakan beliau akan mengeluarkan rakaman semula ketiga seterusnya.[3]

Filem pendek itu membuatkan Swift memperoleh lima pencalonan di Anugerah Muzik Video MTV 2022 pada 28 Ogos 2022[4] dan memenangi tiga daripadanya.[5] Dalam ucapan penerimaannya untuk anugerah Video Tahunan, beliau mengumumkan album studio "baharu" yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada 21 Oktober 2022.[6] Tidak lama selepas itu, laman web rasmi Swift telah dikemas kini dengan jam kiraan detik hingga tengah malam dan frasa "temui saya pada tengah malam."[6] Kanvas beberapa lagu Swift di Spotify telah ditukar kepada visual yang memaparkan jam.[7] Pada tengah malam, Swift menyiarkan di akaun media sosialnya bahawa album studio kesepuluhnya akan bertajuk Midnights, disertai dengan premis dan versi sementara karya seni muka depan. Beliau menggambarkan album itu sebagai "kisah-kisah 13 malam tanpa tidur yang tersebar sepanjang hidupnya."[6]

Rujukan

WikiPedia: Midnights http://archive.today/2022.10.21-055050/https://www... https://americansongwriter.com/review-taylor-swift... https://www.bbc.com/news/entertainment-arts-633416... https://www.billboard.com/articles/columns/pop/958... https://www.billboard.com/lists/taylor-swift-bad-b... https://www.billboard.com/music/pop/taylor-swift-b... https://www.cnet.com/culture/entertainment/taylor-... https://www.elle.com/culture/music/a41013043/taylo... https://ew.com/music/music-reviews/taylor-swift-mi... https://www.goodmorningamerica.com/culture/story/t...